Ahli Darussyifa Online

Pendaftaran Hanya Utk Ahli Yang Telah Diijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din SAHAJA

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ahli Darussyifa' Online

air kelapa anugerah Allah swt

E-mail Cetak PDF

  

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi sepertimana susu penuh (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak  Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit. Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasnya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala. • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.

• Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan pori”pembuluh darah membesar).

Selain diminum fresh, ia boleh dicampuran herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb) , juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (ini untuk kesegaran tubuh).

 

LAST_UPDATED2 Baca Lagi...

PERMOHONAN PELAJAR BARU SESSI 2012

E-mail Cetak PDF

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI
UNTUK KUMPULAN KE-24 SESSI 2012

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13 NOVEMBER 2011 @ 12:00 MALAM

TARIKH TEMUDUGA: 27 NOVEMBER 2011

CARA PERMOHONAN:
Sila isi borang yang boleh dimuat turun di link berikut:
[Klik di sini: Borang Permohonan PDF Version]


PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi

Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.




SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

(a) Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. 
(b) Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
(c) Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.
(e) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
(f) Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
(g) Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
(h) Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun (bayaran pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran ialah RM 250.00.
(i) Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

Sebarang pertanyaan sila emailkan ke  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya   atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443, Ustaz Hisham 012-3292792 atau  Ustaz Jufry: 019-3634124


Sila layari laman web Darussyifa’  http://www.darussyifa.org untuk maklumat dan pengumuman terkini.
LAST_UPDATED2

KEMASKINI RAKAMAN KULIAH

E-mail Cetak PDF

KEMASKINI RAKAMAN KULIAH

Untuk makluman, Kumpulan Webmaster telah membuat kemaskini rakaman kuliah kumpulan 23 iaitu :

Kuliah18
Kuliah19  
Kuliah20 - Dalam Proses Kemaskini
Kuliah21  
Kuliah22 - Dalam Proses Kemaskini
Kuliah23  
Kuliah24
Kuliah25 
Kuliah 26 hingga 31
Sekian, Terima kasih
(Kumpulan Webmaster Ahlidarussyifa Online)
LAST_UPDATED2

SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA

E-mail Cetak PDF
SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA
 
Tarikh : 8-Januari-2012 (Ahad)
Masa  : 8:00 pagi ~ 4:00 petang
 
Tempat:    Dewan Nik Mahyudin Musa 
                Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam,
                Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12,
                43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
 
Semua Perawat-Perawat Darussyifa' Seluruh Malaysia Diwajibkan Hadir
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Dr. Abdullah Yusuf (013-6720840)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

E-mail Cetak PDF

LIKE kami di facebook RASMI: https://www.facebook.com/harondinofficial 

LAST_UPDATED2

Muka 1 daripada 16

You are here: