Ahli Darussyifa Online

Pendaftaran Hanya Utk Ahli Yang Telah Diijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din SAHAJA

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ahli Darussyifa' Online

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H

E-mail Cetak PDF
Ismail Hashim   

SHAH ALAM, 7 Dis:
 Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.


Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
 

Rakaman Terkini (Kemaskini pada 15.11.2010)

E-mail Cetak PDF

Rakaman Terkini (Kemaskini pada 25.1.2010)

Kuliah27_12.7.2010_SantauUstazMokhtar.mp3

Kuliah28_19.07.2010_SakitPerut.mp3

 Kuliah30_02.08.2010_ciritBirit.mp3

 Kuliah40_2010.10.25_kuliah_Meroyan

Kuliah41_2010.11.08_kuliah_2_WasWas

Pihak ingin memohon jutaan kemaafan seandainya berlaku beberapa kelamahan atas rakaman tersebut. Rakaman ini untuk tatapan umum semua pendengar yang mencintakan ilmu.

Sekian, Terima kasih

 (Kumpulan Webmaster Ahlidarussyifa Online)

 

MASALAH TEKNIKAL RAKAMAN KULIAH

E-mail Cetak PDF

ASSALAMUALAIKUM......

Untuk makluman semua Ahli Darussyifa, buat masa ini rakaman kuliah pengubatan/ kuliah umum dan kuliah-kuliah lain tidak dapat dipaparkan kerana terdapat masalah-masalah teknikal yang kritikal. Pihak kami masih sedang berusaha mengatasi masalah-masalah tersebut.

Segala kesulitan pihak kami dahului dengan ucapan jutaan kemaafan.

Sekian, terima kasih.

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011

E-mail Cetak PDF

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM

PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi

Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.


Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. 

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen. 


5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ sebelum tarikh tutup.

6. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.

9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun. Bayaran ini ialah untuk bayaran pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian. Pada hari pendaftaran bayaran ialah RM500.00.

13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
14. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.

Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan "right mouse button" kemudian pilih "Save Target As..." selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.

15. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 atau Ustaz Jufry: 019-3634124 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)

PERUTUSAN HARI RAYA EIDUL FITRI (2010/1431H) TUAN GURU PERUTUSAN HARI RAYA EIDUL FITRI (2010/1431H) TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

E-mail Cetak PDF
PERUTUSAN HARI RAYA EIDUL FITRI (2010/1431H) TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
 

Majlis Ringkas Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 2010 Di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

E-mail Cetak PDF
 (Ahad 12-Sep-2010 @ 8:00 Mlm ~ 10:30 Mlm)

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah mengadakan majlis ringkas Sambutam Hari Raya Eidul Fitri di rumah beliau pada hari Ahad, 12-Sep-2010 bersamaan 3-Syawal-1431H dari jam 8:00 malam hingga 10:30 malam. Majlis ini telah diadakan di halaman belakang rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Tuan Guru kelihatan begitu sihat dan ceria di majlis ini.

Dalam Majlis ringkas ini Tuan Guru telah menyampaikan ucapan selama 22 minit menceritakan tentang proses yang telah beliau lalui ketika rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA. Untuk mendengar ucapan Tuan Guru ini sila <<<KLIK DISINI>>>
 
MajlisHariRaya2010_TGHD_(04)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(11)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(02)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(17)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(06)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(14)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(16)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(25)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(29)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(21)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(15)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(27)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(12)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(01)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(20)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(19)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(08)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(09)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(10)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(05)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(13)
UcapanTGHD_MajlisHAriRaya2010(00)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(22)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(07)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(03)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(23)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(28)
MajlisHariRaya2010_TGHD_(24)
<< 01/28 >>
 

Selamat Pulang ke Tanah Air Tuan Guru

E-mail Cetak PDF

Tuan Guru telah selamat sampai di rumah pada 11hb September 2010 setelah menjalani pembedahan di Stanford Hospital, California, USA.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan baik dan keputusan yang memberansangkan telah dikecapi. Tuan Guru sekarang berada di Bandar Baru Bangi.  

Koleksi Perjalanan pulang dari San Francisco, USA untuk tatapan bersama... (click Next di <<1/8 >>)

Pulang06
Pulang07
Pulang04
Pulang03
Pulang05
Pulang08
Pulang02
Pulang01
<< 1/8 >>
  

 

Koleksi Gambar di Sekitar San Francisco, USA ..... (click Next di <<1/8 >>)

DiUSA04
DiUSA03
DiUSA02
DiUSA06
DiUSA05
DiUSA01
<< 1/6 >>
  

 

Amanat Khas Tuan Guru dari Palo Alto, USA

E-mail Cetak PDF

 Khusus untuk tuan-tuan anak murid TGHD.

6 Sept 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431H, Post Angioplasty.....Post ICCU. Palo Alto......San Fransisco.....

  (21:41 minit)

Muka 5 daripada 10

You are here: